Thursday, November 26, 2015

NasihatKini 1


Sahabatku, Kawan-Kawan sekalian,

1. Elakkan jadi kawan yang fake. Kalau betul nak berkawan, maka kawan secara betul2, secara ikhlas. Kalau kawan dengan bermotif untuk tak nak tengok kawan tu lebih sikit daripada anda, maka lebih afdal untuk tidak berkawan. Jika anda rasa akan terbit rasa cemburu yang menyebabkan anda merancang plot-plot halus untuk menjatuhkan kawan anda itu, maka lebih baik lah bagi anda tidak berkawan dengannya. Pergilah kawan dengan orang yang sekufu, yang mediocre sama seperti anda. Pergilah cari kawan yang sama bodo, yang sama nakal, yang sepadan dengan anda, yang boleh buat anda gembira, bukan kawan yang buat anda rasa sakit hati dan tidak senang hati dengan pencapaian dan kejayaan diraih oleh kawan anda. Kalau anda rasa nak stay dan terus berkawan dengannya, maka jangan jadi fake. Jadilah yang jujur, iaitu dengan menegur dan berdepan dengan kawan anda itu. Lihat, dapatkan dan cuba faham perspektif daripada kawan yang anda sakit hati itu. Kalau anda rasa tak mampu, tak boleh dan tak mahu mendalami dan memahami perspektif kawan anda itu, maka seperti yang saya katakan tadi, lebih afdal tak payah berkawan la. Baik tidak berkawan daripada menjadi kawan palsu.

2. Kita mempunyai tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang betul-betul layak untuk memimpin kita dan negara. Jangan semborono mengundi dalam memilih pemimpin. Justeru, untuk membuat pilihan itu maka kita perlu mendalami dan mengikuti isu-isu politik. Semua daripada kita perlu sekurang-kurangnya mengetahui tentang peristiwa politik semasa, tidak terkecuali – mahasiswa, orang kampung, orang bandar, remaja belia, ibu-ibu, surirumah; semua. Hujah tentang hanya ahli politik perlu tahu dan bercakap tentang politik adalah satu hujah daripada ahli politik yang takut dan karut. Pilih pemimpin yang tegas dan rasional dalam buat keputusan, yang tak sembunyi-sembunyi dan tertutup  buat keputusan penting untuk rakyat. Bagi saya, PM Malaysia sekarang tidak mempunyai kredibiliti dan kualiti sebagai pemimpin yang mampu memacu Malaysia ke arah yang lebih baik. Terlalu banyak skandal. Terlalu banyak misteri dan isu tak terjawab. Nilai duit Malaysia jatuh, skandal 1MDB yang tak berkesudahan, dana ‘derma’ 2.6 billion dalam AKAUN PERIBADI. Presiden Pas sekarang juga bukan pemimpin nasional yang baik, sebabnya beliau selalu mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan mengelirukan rakyat.  Situasi yang menunjukkan Abdul Hadi dan Najib nampak semakin rapat menunjukkan bahawa pemimpin yang sekufu daripada segi tahap kualitinya sentiasa cenderung untuk bersama. Erti kata lain, anda pilih pemimpin yang kurang kualiti, maka dia akan bentuk kumpulan pimpinan yang kurang kualiti. Begitulah sebaliknya. Lihat la team Kabinet sekarang. Cuba sebut Menteri yang betul-betul nampak krebilitinya, yang tak keluarkan kenyataan lawak yang menyakitkan hati rakyat. Ada tak? Maka, berhati-hati dan pilih dengan teliti pemimpin yang kita mahu sepaya dia dapat memimpin kita dengan baik.


3. Sama-sama lah kita berusaha secara tepat melalui perancangan konstruktif dalam banyak aspek kehidupan kita. Kalau kita lihat, sebenarnya banyak peluang dan ruang yang ada di sekeliling kita. Cuma terpulang kepada diri kita samada maju jadi pemalas atau rajin untuk mendapat peluang itu. Perlu diingat, tiada laluan pantas untuk meraih kejayaan. Kita mesti bermula secara perlahan, melangkah satu demi satu anak tangga kejayaan. Saya buat pemerhatian di sini bahawa di lubuk-lubuk bandar dan pusat ekonomi seperti Damansara dan Bukit Bintang misalnya, bangsa minoriti seperti Cina dan India lebih kelihatan menyerlah sebagai penggerak ekonominya. Mana Melayu? Melayu perlu menyerlah dalam ekonomi di bandar-bandar besar, dan berasa teruja untuk make a living di situ. Melayu perlu sedemikian sebab Melayu di Malaysia adalah majoriti. Mereka perlu bersiap sedia untuk bersaing dengan yang lain. Mereka tidak boleh berasa selesa untuk hidup dalam suasana cukup-cukup makan di kampung dan pekan/bandar kecil. Mereka juga tak boleh terpedaya dengan skim cepat kaya dan skim MLM yang sebenarnya bukan bisnes sebenar pun. Untuk melakukan persiapan ke arah berasa teruja merebut peluang ekonomi di bandar-banda besar, maka Melayu tidak boleh malas. Melayu tak boleh berasa selesa dengan apa yang ada. Banyakkan baca buku, dapatkan nasihat daripada kawan-kawan yang boleh dipercayai, mengikuti peluang perkerjaan semasa secara online dan mulakan penghijrahan anda melalui perancangan teliti. Semua ini penting adalah kerana Melayu adalah majoriti. 

No comments:

Post a Comment