Tuesday, November 3, 2015

Top 10 Things of Rite Now 3/11/15




Justin Bieber


Gambar bogel Justin Bieber sewaktu bercuti yang tersebar meluas di Internet amat sesuai dijadikan sebagai justifikasi bahawa beliau sememangnya memiliki ‘alat’ yang boleh tahan besar dan panjang, seterusnya menafikan desas-desus cetusan haters beliau yang mengatakan JB memiliki alat yang kecil. Ayah JB sempat memberi respon bahawa beliau berbangga memiliki seorang anak yang memiliki alat yang sedemikian saiznya. Nampaknya Beliebers akan terus turut berbangga dengan JB yang akan meluncurkan album baru – Purpose pada 13 November ini.  Single terbaru Bieber; What Do You Mean?, telah berjaya memanjat ke carta teratas Billboard Hot 100. Kejayaan terkini JB turut mendapat respon Selena Gomez, bekas kekasih JB yang berkata beliau menumpang gembira dengan apa yang dikecapi oleh JB sekarang, berbanding musim suam-suam kuku JB sebelum ini. 



One Direction


Boyband daripada UK, One Direction mungkin masih bersedih atas peninggalan Zayn Malik daripada 1D namun pencapaian semasa mereka menunjukkan 1D masih terus cemerlang walaupun tanpa Zayn Malik. Album terbaru mereka – Made in the A.M. akan bersaing dengan Justin Bieber pada minggu 13hb November ini. Singles terbaru mereka – Drag Me Down dan Perfect kini meletup di merata carta musik. Sama-samalah kita saksikan siapa yang akan menang samada – JB atau 1D pada minggu 13hb nanti. 




Adele


Penantian para peminat yang penuh sabar menunggu kemunculan Adele setelah hilang beberapa tahun daripada persada musik akan terubat kerana Adele akan meluncurkan album juga pada bulan November ini iaitu dalam minggu 20hb. Hello, single terbaru Adele telah pun mencipta beberapa rekod termasuk sebagai video musik di Youtube yang terpantas meraih view terbanyak dalam masa 24 jam dilancar; menunjukkan kepada kita bahawa Adele sememangnya diraikan kerana telah membalas kerinduan para peminat. 



Rebel Heart Tour by Madonna


Madonna adalah living legend yang sentiasa memeriahkan persada musik dengan provokasi secara berseni kini dalam siri jelajah konsert Rebel Heart. Seperti siri jelajah konsert Madonna sebelum ini termasuklah Confessions, Sticky & Sweet dan MDNA; Rebel Heart adalah sebuah ekstravaganza lagu-lagu hits Madonna beradun dengan lagu terkini dalam album terbaru beliau dengan tajuk yang sama – Rebel Heart. Rebel Heart Tour adalah konsert yang bersaiz arena, satu strategi yang unik berbanding kebanyakan artis yang melakukan konsert bersaiz stadium. Para peminat Madonna akan lebih rapat dengan idol mereka itu sewaktu persembahan. Adakah Madonna akan sekali lagi berjaya menempatkan jelajah konsert terbaru beliau ini dalam kelompok Top 10 konsert jelajah musik terlaris di dunia seperti Sticky & Sweet dan MDNA? Sama-samalah kita saksikan sewaktu Rebel Heart Tour berakhir pada tahun 2016. 



1989 World Tour by Taylor Swift


Taylor Swift turut tidak ketinggalan mengaktifkan diri dalam siri jelajah terbaru untuk meluaskan pengaruh beliau sebagai ratu pop terbaru. Album terbaru Taylor Swift, 1989 telah pun terjual berjuta-juta unit seluruh dunia, dengan singles yang menjadi siulan ramai termasuk yang terkini – Wildest Dreams. Adakah Taylor Swift kali ini akan berjaya mencipta rekod sebagai konsert jelajah musik terlaris oleh penyanyi wanita mengalahkan Madonna, setelah disensasikan dengan begitu hebat oleh media termasuk oleh Forbes? Hingga tercapai rekod itu, maka baru saya akan berasa Taylor Swift sememangnya layak dengan gelaran ‘ratu pop terbaru’.



Polis Evo


Rekod filem box-office peringkat Malaysia berjaya dipecahkan lagi oleh filem Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak yang berjaya mengutip RM17.3 juta selepas 42 hari tayangan. Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw, yang juga menerbitkan The Journey, filem yang sebelum ini adalah filem terlaris di Malaysia. 




Spectre


Kehangatan filem terbaru James Bond, Spectre kian terasa menjelang momen penayangannya pada 5 November ini. Apakah yang cuba disampaikan bagi filem kali ini? Dan adakah kejayaan yang sama akan diraih oleh Spectre sebagaimana yang berjaya dicapai oleh Skyfall? 


Free by Chris Anderson


Saya sedang membaca dan cuba menamatkan secepat mungkin sebuah buku yang sangat seronok dibaca iaitu Free. Free adalah berkaitan dunia kita telah secara signifikan dicorak secara digital – dipengaruhi oleh Internet dan dengan itu, teknik marketing juga secara relevannya telah berubah melalui pengenalan harga yang radikal, iaitu percuma bagi produk dan servis yang ditawarkan. Premis buku ini adalah walaupun percuma, namun syarikat yang menawarkan harga yang radikal ini masih mampu mengaut keuntungan melalui beberapa strategi yang berasas kepada pemahaman terhadap dunia digital yang kita jalani sekarang. 



Kedah


Kedah adalah negeri kelahiran saya dan saya sangat suka malah berbangga menjadi anak jati Kedah. Ibu dan ayah saya masing-masing berasal daripada Kedah. Sejak dua menjak ini saya selalu berangkat ke bahagian selatan tanah air seperti Selangor, KL, dan Melaka untuk tujuan belajar. Hari ini, saya berasa lega dan gembira sebab berada dalam musim cuti, seterusnya memberi kesempatan untuk saya melepak dengan penuh selesa lagi di rumah keluarga saya di Kedah. Sekitar minggu pertama kembalinya saya Kedah kali ini, saya telah pun berjalan merata termasuk ke Guar Chempedak, Sungai Petani dan Kulim. Saya dah lama tak merasa udara di Langkawi jadi saya rancang saya nak jejakkan kaki ke sana dalam masa yang terdekat. 


Musim Hujan


Malaysia dilanda jerebu akibat kebakaran hutan yang terjadi di Indonesia. Syukur, musim hujan telah tiba sekali lagi menyegarkan kembali udara tanpa asap jerebu yang menyesakkan nafas. Hampir setiap hari pasti akan ada hujan yang mencurah ke tanah. Saya pula memang sukakan bunyi hujan, sebab bunyi itu menenangkan saya. Saya harap musim hujan ini akan berterusan. Bagi Kelantan yang dilanda banjir, saya harap kerajaan negeri dan kerajaan pusat mengambil inisiatif yang perlu supaya tidak berulang lagi kes sedemikian.


No comments:

Post a Comment