Sunday, December 20, 2015

GrabTaxi & Uber


Sudah semestinya kita memerlukan GrabTaxi dan Uber memandangkan keadaan semasa yang menyaksikan kebanyakan pemandu teksi yang typical yang sesuka hati mengenakan caj tak munasabah kepada penumpang. 

Saya pernah ingin untuk melakukan perjalanan daripada Setia Alam ke Damansara - dan dikenakan caj RM60 oleh pemandu teksi tak bermeter, sedangkan melalui servis oleh GrabTaxi, saya boleh dapat fare sebanyak RM26 sahaja. 

Nampak tak betapa jauh beza caj yang dikenakan? Maka, kita tak patut berharap lagi kepada logik dan rasional pemandu teksi tak bermeter ini lantas memberi sokongan padu kepada sistem penumpangan teksi yang lebih adil iaitu GrabTaxi dan Uber. 

Malahan pula, kebanyakan daripada kita mahir dan sudah terbiasa dengan penggunaan apps dalam smartphone Android mahupun iOS. 

Dengan itu, jom kita sokong GrabTaxi dan Uber. :)

Padanlah muka kepada semua pemandu teksi yang terus berdegil untuk mengenakan caj sesuka hati kepada penumpang tanpa rasa ada keazaman untuk menggunakan meter. 

Sebagai nota tambahan, bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakan GrabTaxi dan Uber bagi perjalanan mereka, cubalah search berkaitan promo code yang diiklan di Internet untuk mendapat diskaun. 




Thursday, December 10, 2015

Suka Duka 2015


2015 adalah tahun yang sangat sangat mencabar. Berikut adalah momen suka dan duka yang berlaku sepanjang 2015. Bagaimana pula dengan anda? Kita kena menyenaraikan semua momen ini bagi mengambil pengajaran, supaya 2016 nanti kita jalani dengan penambahbaikan.

SUKA

1. Memiliki Samsung J5.

2. Dapat perspektif baru tentang kematian. Aku mahukan pengakhiran yang baik.

3. Menghabiskan pengajian dengan penuh sukses, CGPA 3.88.

4. Diterima sebagai calon Anugerah Naib Canselor.

5. Berusaha untuk menyambung pengajian ke UK pada pengambilan September 2016. Setakat ini, dah dapat 2 tawaran ‘Conditional Offer’ daripada 2 universiti di UK. Alhamdulillah. Cuma, kena berusaha pulak untuk scholarships. Doakan saya supaya dapat scholarships.

6. Rapat dengan beberapa orang lecturer yang selalu memberi dorongan dan konsultasi berkaitan masa depan. Sir Abdul Latiff misalnya, berjaya meyakinkan saya untuk ambil bidang Advertising/Marketing. Mdm Nomi juga banyak memberi motivasi.

7. Terus menggunakan baucar buku untuk membeli buku2 berkualiti seperti Malcolm Gladwell – The Tipping Point, Blink dan Outliers untuk melebarkan perspektif.

DUKA

1. Abah meninggal dunia pada bulan Ramadhan, 2 minggu sebelum raya. Al-Fatihah. Saya akan selalu doakan kesejahteraan beliau di alam barzakh.

2. Sahabat baik ku, Muhammad Irwan meninggal dunia pada awal Disember. Al-Fatihah. Saya akan selalu doakan beliau di alam barzakh.

3. Malaysia sedang dilanda krisis kepimpinan nasional yang dilanyak pelbagai kontroversi dan skandal yang tidak berkesudahan. Aku terkesan daripada karenah bodoh pemimpin yang tak amanah. Disebabkan kes ini menyumbang kepada kenaikan harga barang yang pelbagai.

4. Berhadapan dengan fake friend yang sebenarnya tak anggap kita sebagai best friend pun, sebaliknya rival yang perlu dijatuhkan. Sedihkan ada kawan yang jenis macam tu. Saya pernah ada blog berkaitan kawan ini dalam post 'How To Handle Stupid People'. 


Analisis momen ini adalah perlu supaya kita sentiasa melakukan perancangan bagi kebaikan kita pada masa depan. Semoga kita sentiasa menyedari kepada hakikat bahawa walaupun kita berhadapan dengan pelbagai cabaran, masih ada kebaikan yang dianugerah kepada kita. Semoga kita sama-sama menempuh cabaran ini dan menjadi manusia yang berkualiti. 

Thursday, December 3, 2015

Adele - SNL


Adele kini telah menjadi ikon bertaraf legenda, mencipta rekod terbaru dalam dunia musik melalui album terbaru beliau, 25. Adele adalah satu-satunya artis yang berjaya menjual album sebanyak 3 juta unit dan keatas bagi minggu pertama peluncurannya. Kalah Taylor Swift, kalah N'sync. 

Bagi meraikan kejayaan besar Adele ini, saya kepilkan video berkaitan Adele di Saturday Night Live, mempersembahkan lagu yang melepaskan kerinduan peminat, Hello dan When We Were Young.