Tuesday, May 23, 2017

Seperti masih di hari pertama


1. Kita dah nak habis semester ini tapi saya rasa momen di hari pertama masih terngiang-ngiang.

2. Sewaktu minggu pertama saya teringat lagi saya tiada bilik utk menetap. Akhirnya setelah bersusah payah buat surat maka saya pun dapat Kolej Delima, berkongsi bilik dengan rakan bilik yang kemas.

3. Sekarang saya masih lagi optimis untuk mengakhiri baki semester ini.

4. It feels short n sweet.

Friday, May 12, 2017

Happy Mother's Day, Mama


14 Mei 2017 nanti kita akan menyambut Hari Ibu seantero dunia dan Malaysia. Seperti mana lazimnya, saya akan mengucapkan cinta kepada mama yang tersayang.

Saya ada terfikir berapa lama lagi saya boleh menikmati kasih sayang seorang mama kerana beliau telah pun menjangkau usia emas. Abah saya telah kembali ke rahmatullah pada umur 71 tahun, dan mama kini dalam lingkungan 65 tahun. Saya harap Allah mengurniakan beliau usia yang panjang, sempat untuk saya jaga beliau seperti mana beliau jaga saya pada waktu kecil.

Cukup lah saya terkilan sewaktu kembalinya abah pada rahmatullah pada bulan puasa 2 tahun lepas. Saya berharap dapat membalas jasa mereka sewaktu di dunia namun kini saya hanya ada mama. Allah lebih mengetahui, saya tetap akan mendoakan rahmat pada abah.

Mama, semoga panjang umur. I love you. Be happy. Luv u.

Wednesday, May 3, 2017

Ktm


Kita masih lagi jauh untuk menjadi negara maju bila kita masih memiliki sistem pengangkutan awam yang lembap seperti Ktm. Jarak 20 minit menunggu tren yang seterusnya membuang masa kita, menjadikan kita tidak produktif dan stress. Itupun jika tiada apa2 gangguan.

Paling sedih, waktu menunggu boleh sampai sehingga 1 jam untuk tren seterusnya.

Ktm, pls improve yourself. Sbg antara perkhidmatan awam, kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan penambahbaikan untuk Ktm.

Kerajaan, kata nak jadi negara maju kan? Dengan visi sehebat itu, maka mulakan dengan Ktm, kerana jaringan pengangkutan awam adalah indikator untuk capai status negara maju.

Sunday, April 9, 2017

Fattah Amin


Saya dah jumpa dengan Ashraf Muslim dan Syed Saddiq, dan sempat berselfie dengan mereka.  Mereka mesra.

Saya teringin nak jumpa dengan Fatah Amin dan berselfie sama-sama.

Persona Fatah Amin bagi saya adalah hebat. Dia kacak. Tapi Fatah Amin jika tidak diurus melalui PR yg mantap, maka kehangatan dia yang ada sekarang akan cepat menjadi suam suam kuku.

Saya harap dia kekal menjadi hangat sewaktu akhirnya saya berjaya jumpa dan selfie sama-sama.

Lupa


Semakin kita meningkat umur maka semakin kita lupa banyak benda. Dalam perjalanan daripada IKEA Damansara ke Shah Alam saya terlupa satu bag biru sewaktu sudah berada di KTM Subang Jaya.

Maka tercari-cari lah saya ke mana bag itu pergi. Adakah saya tinggal di situ? Dalam bus ke? Kat mane?

Bila meningkat umur juga saya semakin tenang dalam menghadapi situasi demikian. Memang lah resah dan gundah tapi x seresah zaman muda dulu.

Maka saya pun berpatah balik ke IKEA. Rupa2 nya ada dlm locker saya di IKEA.

Life


Aku semakin lemas dan lemah dihimpit segala macam dilema, pahit masalah dan dugaan. Aku rasa aku seperti sudah tak mampu nak meneruskan ini semua.

Tapi, nafas ini masih ada. Adakah aku kini di ambang putus asa?

Disebalik semua kejayaan dan kisah gembira, seolah tidak dapat menutup emosi gusar daripada momen menyedihkan yg aku alami.

Study, keja, masa, duit semakin berada dalam situasi yg tidak menguntungkan. Aku cuba untuk bertahan melalui pengurusan yg istiqamah.

Sedar dengan pergolakan emosi ini boleh membantu kepada pengurusan, namun tidak boleh terlalu dilayan. Gerak kerja perlu terus dijalan melalui prinsip usaha doa tawakal.

Get deep with me,
Syareman
9 April 2017

Wednesday, April 5, 2017

Dear readers


Dear readers of SyimanSyareman's Diary

Im really sorry that I cant update this blog regularly. Im in hectic schedule- class, work, assignments, work, life, life and life. Life is really getting in the way and like a tornado, make myself so in chaotic.

Please do not give up on this blog because when the time is right, I am going to fill the post with all meaning statements and comment that stimulate your motivation and be source of encouragement.

Your patience is really appreciated.

Warm regards,
Syareman

Wednesday, February 22, 2017

X-Cut


1. Saya baru lepas gunting rambut di X-Cut, Sunway Pyramid.

2. Saya kena caj RM20. RM20 boleh la dikatakan sebagai pertengahan antara murah dan mahal untuk menggunting rambut.

3. Namun, dengan harga RM20 itu, tidak dilengkapkan dengan pakej layanan pelanggan yang mesra, re-style pasca gunting rambut, kemahiran professional. Untuk mendapatkan gunting rambut dengan pakej lengkap tersebut, saya perlu membayar RM40++ dan di salon seperti A-Cut Above dan Men's Gent.

4. Untuk kelihatan kemas, saya perlu gunting rambut sebanyak sekurang-kurangnya sekali sebulan. Membawa maksud RM40 sebulan. Untuk membelanjakan RM40 bagi tujuan menggunting rambut setiap bulan, saya rasa agak mahal.

5. Nampaknya saya perlu menerima kenyataan bahawa menggunting rambut di salon ternama adalah satu keistimewaan dan perlu bersedia untuk membayar RM40 untuk mendapatkan khidmat mereka.


Friday, January 27, 2017

Cabaran dan Dugaan 2017


Tahun 2017 adalah tahun yang sangat2 mencabar bagi saya. Saya tidak menjangkakan yang 2017 adalah 'sehebat' begini, namun apa yang telah terjadi perlu saya tempuhi.

Perjalanan kita masih jauh dan apa yang kita perlu lakukan adalah usaha, doa, tawakal. Itu adalah prinsip asas bagi setiap perjuangan.

Saya sememangnya optimis dan tidak sesekali akan menyerah kalah. Kesabaran dan kecekalan akan terus menjadi benteng daripada saya rebah.

Walaupun masa depan masih kurang jelas kelihatan, namun momen terkini akan saya guna dan corak menjadi sesuatu yang bermakna. Tidak guna untuk terlalu fokus pada masa depan hingga mengabaikan peristiwa masa sekarang yang perlu diberi perhatian.