Wednesday, February 22, 2017

X-Cut


1. Saya baru lepas gunting rambut di X-Cut, Sunway Pyramid.

2. Saya kena caj RM20. RM20 boleh la dikatakan sebagai pertengahan antara murah dan mahal untuk menggunting rambut.

3. Namun, dengan harga RM20 itu, tidak dilengkapkan dengan pakej layanan pelanggan yang mesra, re-style pasca gunting rambut, kemahiran professional. Untuk mendapatkan gunting rambut dengan pakej lengkap tersebut, saya perlu membayar RM40++ dan di salon seperti A-Cut Above dan Men's Gent.

4. Untuk kelihatan kemas, saya perlu gunting rambut sebanyak sekurang-kurangnya sekali sebulan. Membawa maksud RM40 sebulan. Untuk membelanjakan RM40 bagi tujuan menggunting rambut setiap bulan, saya rasa agak mahal.

5. Nampaknya saya perlu menerima kenyataan bahawa menggunting rambut di salon ternama adalah satu keistimewaan dan perlu bersedia untuk membayar RM40 untuk mendapatkan khidmat mereka.


No comments:

Post a Comment