Tuesday, May 23, 2017

Seperti masih di hari pertama


1. Kita dah nak habis semester ini tapi saya rasa momen di hari pertama masih terngiang-ngiang.

2. Sewaktu minggu pertama saya teringat lagi saya tiada bilik utk menetap. Akhirnya setelah bersusah payah buat surat maka saya pun dapat Kolej Delima, berkongsi bilik dengan rakan bilik yang kemas.

3. Sekarang saya masih lagi optimis untuk mengakhiri baki semester ini.

4. It feels short n sweet.

Friday, May 12, 2017

Happy Mother's Day, Mama


14 Mei 2017 nanti kita akan menyambut Hari Ibu seantero dunia dan Malaysia. Seperti mana lazimnya, saya akan mengucapkan cinta kepada mama yang tersayang.

Saya ada terfikir berapa lama lagi saya boleh menikmati kasih sayang seorang mama kerana beliau telah pun menjangkau usia emas. Abah saya telah kembali ke rahmatullah pada umur 71 tahun, dan mama kini dalam lingkungan 65 tahun. Saya harap Allah mengurniakan beliau usia yang panjang, sempat untuk saya jaga beliau seperti mana beliau jaga saya pada waktu kecil.

Cukup lah saya terkilan sewaktu kembalinya abah pada rahmatullah pada bulan puasa 2 tahun lepas. Saya berharap dapat membalas jasa mereka sewaktu di dunia namun kini saya hanya ada mama. Allah lebih mengetahui, saya tetap akan mendoakan rahmat pada abah.

Mama, semoga panjang umur. I love you. Be happy. Luv u.

Wednesday, May 3, 2017

Ktm


Kita masih lagi jauh untuk menjadi negara maju bila kita masih memiliki sistem pengangkutan awam yang lembap seperti Ktm. Jarak 20 minit menunggu tren yang seterusnya membuang masa kita, menjadikan kita tidak produktif dan stress. Itupun jika tiada apa2 gangguan.

Paling sedih, waktu menunggu boleh sampai sehingga 1 jam untuk tren seterusnya.

Ktm, pls improve yourself. Sbg antara perkhidmatan awam, kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan penambahbaikan untuk Ktm.

Kerajaan, kata nak jadi negara maju kan? Dengan visi sehebat itu, maka mulakan dengan Ktm, kerana jaringan pengangkutan awam adalah indikator untuk capai status negara maju.