Friday, May 12, 2017

Happy Mother's Day, Mama


14 Mei 2017 nanti kita akan menyambut Hari Ibu seantero dunia dan Malaysia. Seperti mana lazimnya, saya akan mengucapkan cinta kepada mama yang tersayang.

Saya ada terfikir berapa lama lagi saya boleh menikmati kasih sayang seorang mama kerana beliau telah pun menjangkau usia emas. Abah saya telah kembali ke rahmatullah pada umur 71 tahun, dan mama kini dalam lingkungan 65 tahun. Saya harap Allah mengurniakan beliau usia yang panjang, sempat untuk saya jaga beliau seperti mana beliau jaga saya pada waktu kecil.

Cukup lah saya terkilan sewaktu kembalinya abah pada rahmatullah pada bulan puasa 2 tahun lepas. Saya berharap dapat membalas jasa mereka sewaktu di dunia namun kini saya hanya ada mama. Allah lebih mengetahui, saya tetap akan mendoakan rahmat pada abah.

Mama, semoga panjang umur. I love you. Be happy. Luv u.

No comments:

Post a Comment