Thursday, June 29, 2017

Pokemon UltraMoon


GameFreak telah pun membuat pengumuman bahawa game terbaru yang menjengah ke pasaran untuk platform Nintendo 3DS adalah Pokemon UltraSun dan UltraMoon, kesinambungan bagi siri Pokemon Sun dan Moon.

Saya cukup teruja dengan pengumuman ini kerana saya memang nak sangat mendapatkan UltraMoon pada November 2017, lebih kurang 4 bulan daripada sekarang.

Saya ada beberapa harapan dan ramalan untuk game terbaru UltraMoon:

1. Akan ada Mega-Evolved Pokemon yang akan diperkenalkan. Saya harap ada Mega Milotic, Mega Luxray, Mega Butterfree, Mega Clefable, Mega Lapras, Mega Eevee, dan Mega Starter Pokemon - Decidueye, Incineroar dan Primarina.

2. Lebih banyak Alolan Pokemon, yang beradaptasi dengan cuaca Pulau Alola. Saya harap ada Alolan Vileplume, Alolan Jynx dan Alolan Dewgong.

Itu saja yang saya nak daripada game ini buat masa sekarang. Nampaknya, saya dah kena kumpul duit dan menabung untuk mendapatkan game yang berharga lebih kurang RM200 ini.

Wednesday, June 28, 2017

The Diary of Syiman Syareman


Mengapa blog ini masih perlu ada dan relevan:

1. Inspirasi kepada mereka yang suka membaca.

2. Mendapat curahan idea.

3. Supaya kita belajar antara satu sama lain.

Saya telah mengkategorikan post2 saya kepada beberapa label yang anda boleh lihat di bawah setiap post.
Catatan Diari SS adalah garapan saya sebagai ekspresi emosi dan pandangan yang pelbagai. Hidup ini adalah ibarat satu perjalanan maka apa yang berlaku perlu lah direkod dalam sebuah diari.
Fashion Statement adalah untuk fashionista dan juga untuk kita selongkar apa yang fashionable buat masa sekarang.
Fun Fun adalah satu komedi.
Musically Syiman adalah melodi yang saya suka, dan juga bakat dan potensi baru dalam dunia music seperti Dua Lipa. Movies yang SS Syok adalah kategori movie yang sangat syok untuk ditonton.

Untuk label yang lain, anda selongkar lah sendiri yea, namun apa yang pasti setiap label ada cirinya yang tersendiri.

Sekian daripada saya. Saya berharap saya akan mempunyai lebihan semangat dan masa untuk menulis dengan lebih kerap di sini.