Sunday, July 16, 2017

HARAPAN



Akhirnya Pakatan Harapan, iaitu gabungan kumpulan pembangkang Malaysia telah memuktamadkan logo yang akan mereka guna pakai sewaktu pilihanraya yang akan menjelang pada bila-bila masa.

Ini adalah masa yang tepat untuk berhadapan dengan rejim Dato Seri Najib Razak yang kelihatan penuh dengan krisis dan skandal besar yang tidak berkesudahan, memeningkan rakyat dengan dilema.

Nampak kepada kita bahawa logo yang dipilih oleh kepimpinan yang dipengerusikan Tun Mahathir telah mengorak langkah dan masuk ke dimensi baru setelah beberapa kritikan telah dituju kepada pakatan pembangkang, seperti tidak mempunyai logo sendiri dan tidak bersatu padu.

Ramai yang mengulas lanjut logo Harapan adalah seperti kelihatan pada Star Trek.

Pakatan Harapan berazam untuk melaksanakan perkara berikut sepanjang 100 hari pertama selepas ditabal sebagai kerajaan baru:

  • Menghapuskan GST;
  • Menstabilkan harga petrol;
  • Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
  • Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
  • Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
  • Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja skandal 1MDB; dan
  • Memulihkan Felda.
Saya cukup teruja dengan perkembangan ini dan berharap satu lagi perkara dimasukkan dalam gerak kerja Harapan, iaitu untuk memansuhkan hutang PTPTN dan melaksanakan janji pendidikan percuma kepada rakyat. 


No comments:

Post a Comment