Wednesday, July 12, 2017

Jiwa yang Bergelora


Jiwa yang bergelora dengan anasir yang tidak pasti perlu diatasi dengan beberapa teknik untuk mententeramkan kembali apa yang sedang lara. Saya adalah antara yang berpengalaman lama dalam berhadapan dengan jiwa yang bergelora dengan anasir yang tidak pasti ini.

Rasa seperti saya keliru dengan apa yang saya mahu. Adakah saya mahu teman, duit, sukses dalam akademik, populariti atau pun kesemuanya?

Maka melalui beberapa teknik seperti pembacaan buku dan ubah suai pemikiran selama saya bermuhasabah diri, maka akhirnya saya jumpa dengan sedikit ketenangan yang membangkitkan apa yang saya jatuh selama ini.

Saya lihat ramai kawan saya yang sedang mengalami jiwa yang bergelora dengan anasir yang tidak pasti. Saya tidak mahu kelihatan seperti orang tua yang mendesak, lalu saya pun hanya mampu melihat dan membiarkan mereka merasai pengalaman yang lara itu. Semoga dengan pengalaman itu akan mematangkan mereka.

Sehingga hari mereka akan matang, maka saya harap mereka akan masih hidup dengan tenang.

Maka telah saya berikan tips kepada anda tentang bagaimana kita boleh mampu untuk mendepani jiwa yang sedang lara disebabkan anasir yang tidak pasti ini. Iaitu pertama, dengan membaca buku yang kaya dengan prinsip2 positif, dan kedua, kita biarkan semua itu sebagai satu pengalaman yang mematangkan.

Adios,
Syiman.

No comments:

Post a Comment