Tuesday, August 15, 2017

Kebangsaan


Persoalan dan perjuangan yang berteras kepada bangsa/kebangsaan adalah satu keperluan bukan untuk kepentingan politik semata-mata, namun lebih kepada pembangunan masyarakat.

Kita tak mahu orang Melayu dikata sebagai bangsa bodoh lagi pemalas, menghalalkan rasuah dan membiarkan ketirisan dan tatakelola pentadbiran yang tidak bertanggungjawab.

Bagi mendokong hasrat untuk melatih bangsa Melayu menjadi bangsa yang dihormati dengan nilai2 kompetitif dan mulia, kita perlukan pemimpin yang mempunyai keazaman yang tekal untuk membentuk budaya Melayu baru - Identiti Melayu dikekal, dengan reformasi dipupuk dalam peradaban.

Cabaran kepada pemimpin adalah memekarkan ekonomi, mendisiplinkan mentaliti dan membentuk masyarakat harmoni.

Sistem politik yang tidak mapan perlu ditukar. Begitu juga dengan pemimpin yang tidak terbuka untuk menjawab segala skandal yang menyelubungi dirinya.

Kita perlu sentiasa menyokong pemimpin yang terbuka, berani berdebat dan boleh menjalan agenda reformasi. Jika kita terus selesa dan tidak mahu berubah, maka lambat laun Malaysia akan terus ketinggalan dan tidak menjadi maju.

Daripada wawasan 2020 yang sudah diunjurkan kepada 2050, sekali lagi pada 2050 terpaksa diunjur kembali kepada 2100 - baru nak jadi maju. Kita tak mahu begitu.

Monday, August 7, 2017

Sepanjang bersama IKEA


Sepanjang bersama dengan IKEA, saya sangat rasa terharu tentang bagaimana organisasi ini menjaga dan memberi motivasi kepada para perkerja. Saya tidak pernah jumpa organisasi yang begitu memberi penekanan kepada cara-cara untuk menjaga kebajikan dan motivasi perkerja.

Tiada perbezaan ketara antara part timers dan full timers. Medical check up dan kos pergigian diberikan. Claim pengangkutan dengan Uber. Staff trip ke Sunway Lagoon dan Bukit Gambang. Makan malam di hotel. Kinder Bueno sewaktu peak days. Baucer RM180 Parkson sempena sebagai duit raya. Semua ini diberikan walau saya hanya berkerja secara purata 20 jam lebih seminggu. 1 jam dibayar rm10.

Saya berpandangan bahawa semua organisasi perlu belajar tentang usaha IKEA memberi penekanan terhadap kebajikan dan motivasi para perkerja. Human Resource Management yang baik adalah terletak pada cara organisasi melayan para perkerja sebagai modal insan yang penting, bukan semata-mata untuk dikerah tenaga mereka.

Bagi yang ingin berkerja part time, boleh lah datang walk-in ke IKEA store yang berdekatan dengan anda.

Dan sebagai info tambahan, hari Rabu ini sehingga lah 27/8/2017, akan ada sales di IKEA. Barang-barang seperti cadar, gelas dan tuala akan jatuh harga. Jangan lepaskan momen ini.