Sunday, September 10, 2017

Perangai Pemimpin di Malaysia


Sebagai salah seorang ahli dalam masyarakat majmuk di Malaysia, saya adakalanya terfikir tentang sejauh mana perangai dan pembangunan moral rakyat di sini. Saya terfikir berkaitan perkara ini kerana ia memberi kesan kepada bagaimana saya menjalani kehidupan saya, dan sedikit sebanyak menggambar masa depan saya di Malaysia.

Malang sekali, perkara yang merunsingkan saya adalah penerapan nilai-nilai mulia dalam kalangan masyarakat tidak kukuh disebabkan perangai pemimpin yang tidak sepatutnya. Ada pemimpin di Malaysia yang tidak terbuka untuk membincangkan perkara yang mempunyai kepentingan awam, terus bersembunyi dan berahsia, lantas menimbulkan kesangsian. Ada yang makan rasuah dan melahap dana awam disebabkan tamak. Ada yang bercakap tentang demokrasi terbaik di dunia, namun rupa-rupanya demokrat palsu yang menutup segala ruang yang adil untuk akses kepada media perdana.

Perangai pemimpin yang boleh dilihat secara jelas ini sebenarnya telah mengajar para rakyat untuk mencontohi mereka. Dengan melihat pemimpin yang berperangai butuk sedemikian, rakyat yang melihat mereka sebagai role model lantas belajar dan berani untuk makan dan bagi rasuah, tamak, mengutamakan muslihat, menipu, dan macam-macam lagi perkara yang bercanggah dengan moral dan nilai-nilai mulia.

Tidak guna untuk memiliki pembangunan infrastruktur kelas pertama namun mentaliti masyarakat masih di tahap minda kelas ketiga. Jika keadaan ini terus berkekalan, maka selama-lamanya kita tidak akan menjadi negara maju.

No comments:

Post a Comment